Monday 1 August 2011

PENANTIAN ALISYA

Indah saat bertemu dulu, ketawa bermesra. “kenape gelak kt orang camtu, klakar sgt ke !!??”...zarul terus ketawa melihat elynn yang sedang merajuk. Kemudian Zarul mendekati Elynn lalu mengeluarkan sebentuk cincin silver dari poketnya, di situ tertera nama mereka berdua, Elynn yang merajuk tadi sudah kembali ceria melihat wajah jejaka di hadapannya menghulurkan cincin tersebut ke arahnya. Zarul berpesan “sayang, pakai cincin nie ye,,hehe...” tersipu – sipu Zarul apabila perasaan malunya kepada Elynn. Kemudian tiba-tiba Zarul memandang wajah Elynn yang rasa terharu dengan pemberiannya. “terima kasih abang, cantik cincin nie”. Kalau sayang ingatkan abang nanti, sayang pandanglah cincin yang abang bagi ni yer, ingat abang sampai bila-bila tau.

Terkejut Elynn dari lamunan dengan bunyi cerek di dapur. “ Ya Allah budak ni, air tu dari tadi berbunyi, nasib baik tak kering air, kalu tidak dah rentung cerek tu.
Lynn tak sedar mak, asyik dengan kerja kat dapur ni. Sebenarnya dia masih teringatkan arwah Zarul yang 3 tahun telah pergi selamanya akibat kemalangan jalan raya.
Setiap malam dia akan melihat cincin yang pernah dihadiahi oleh zarul. Tanpa diduga air mata mengalir ke pipinya. Namun dia harus menerima segala ketentuan dari tuhan. Mungkin ada hikmah sebalik daripada kejadian itu.

Buku dibelek satu persatu di kedai popular oleh Elynn. “Hmm best semua buku-buku nie, aku rasa macam nak beli semuanya. Itulah sikapnya jika ke kedai buku. Sewaktu melintasi sebuah rak, dia terpandang seorang lelaki, lelaki tersebut sedang membelek buku-buku di rak tersebut. Namun Elynn berlalu memandangkan dia lebih tertarik dengan bahagian novel. Sedang membelek novel-novel di situ, tiba-tiba terdengar suara memberikan salam . “assalamualaikum, cik ni Elynn Alisya kn? “ye saye, mana encik tahu nama saya ni? . xde la, sy Nampak nama awak dekat fail tu..
Perkenalan yang singkat itu tanpa diduga menjadi percintaan yang lama, walaupun dah lama Elynn menyepi selepas kematian Zarul, dia tetap tabah menghadapinya. Lelaki yang dikenalinya selepas Zarul sangat mirip dengan sikap Zarul yang romantik dan padai mengambil hati. Daniel firdaus, itulah nama lelaki tersebut sesuai dengan gaya dan sikapnya.
“awak nak tahu, saya dah sukakan seseorang, tapi saya x tahu kalau-kalau orang tu suka saya atau tak,,hehehe.....kata Daniel
“ala, awak ni, cakap je la, mane tahu saya leh tolong ke,hahaha....”seloroh elynn, cepat la, jap lagi nak masuk office ni, awak ni yang mengelamun ingatkan makcik mane la, heee mamat nie, aku debik kang...dah..dah..dah. jom..
Malam tu telefon Elynn bordering menandakan mesej, jam menunjukkan pukul 3 pagi, tertera nama “Daniel” di situ.
“assalamualaikum awak, saye sebenarnye nak cakap sesuatu dengan awak, awak bace betul-betul ye mesej nie, awak, kali pertama sy lihat awak kat kedai buku dulu, sy rase berdebar tgok awak, hati sy ingin mendekati awak, sy pendamkan rasa tu, tapi skrg sy rse sy nk meluahkan segalanya pada awak, awak ikhlas dari hati sy, sy sukakan awak, sy jugak nk jadi peneman hidup awak sampai bila-bila, sy harap awak akan terima sy.
Hati Elynn jadi terharu mendengarnya, dengan kata-kata tersebut yang telah hamper 5 bulan dipendamkan oleh Daniel, Daniel meluahkannya, dia juga mempunyai perasaan yang sama namun tidak berani untuk Elynn mengaku.
“Aku terima nikahnya Elynn Alisya bt Adam dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai.”
“sah”!!!



KISAH SEORANG GADIS MALANG


Assalamualaikum buat semua terutama buat wanita diluar sana. Di sini saya ingin mengungkapkan sebuah kisah yang saya rasa patot dikongsi semua supaya ia dapat dijadikan pengajaran melalui pengalaman seorang gadis yang malang. Kisah ini saya dapati daripada seorang teman yang amat rapat dengan saya. Melalui pengalamannya, dia menceritakan ....gadis ini dahulunya dia adalah seorang gadis yang penyabar dan agak bersederhana dalam banyak hal,patuh dan tidak pandai nak menipu apatah lagi menengking orang. Kisah gadis malang ini dimulakan apabila die mengenali seorang jejaka melalui sahabat. Jadi diatas dasar tersebut mereka menjadi kekasih. Setelah beberapa lama mengenali, lelaki tersebut bagaikan bosan dengan gadis yang malang tersebut, sms yg dihantar kadang2 tidak dibalas, bila bermesej x seperti pasangan kekasih pn,mesej pun Cuma sebentar kemudian lelaki tersebut memberikan alasan ada kerja, mak panggil dan sebagainya..tapi gadis yg malang lagi bodoh pada waktu itu tidak menghiraukannya. walaupun masih meneruskan hubungan lelaki tersebut dirasakan sangat tidak pandai berdikari dan banyak perkara yang tidak menunjukkan keserasian antara mereka. Lelaki itu hanya tahu meminta topap dengan memberikan alasan kerana melanggan ringtone,kredit telefonnya tidak mencukupi. Gadis tersebut tanpa berfikir panjang memberi tanpa sebarang kata. Inikah lelaki yang ingin diaggap sebagai menjaga kebajikan wanita, langsung tidak ada sikap lelaki kan. Hingga la pada suatu hari lelaki tersebut mula bercakap tentang hal2 diluar batasan agama, gadis itu tersentap juga dan merasakan adakah lelaki yg dia kenali ini boleh dipercayai, gadis tersebut kesal dengan perkenalan itu. Hingga la pada suatu hari ada no baru yang menghubungi gadis tersebut menyatakan bahawa dia merupakan tunang kepada lelaki itu. Bagaimana hancur luluh hati gadis tersebut merasakan dia dimainkan selama ini. Tapi gadis tersebut tetap menghubungi lelaki tersebut dan selepas beberapa hari merasakan digantung x bertali, gadis itu memulangkan semula gambar yang diberikan oleh lelaki tersebut kepada sahabat yang membantu hubungan yang salah itu kerana hatinya hancur apabila meliha wajaht lelaki yang mempermainkannya. Namun gadis itu tidak pernah berputus asa diatas kejadian tersebut. Gadis tersebut terus melupakan kisah “cinta monyet” mereka. Tapi sekarang kisah cinta monyet tu hanyalah kisah biasa yang tidak ada nilai apa2 padanya, kerana hatinya sudah kering untuk lelaki itu, perasaan untuk lelaki tersebut telah mati dan tidak pernah hidup lagi. Walaupun begitu gadis itu berubah menjadi wanita yang sangat agresif dan kurang sabar serta pemarah walaupun kesalahan yang kecil,dia sudah pandai memaki hamun dan bertukar menjadi seorang yang degil. Namun kini walaupun kisah itu telah lama berlalu, gadis tersebut telah mendapat “cinta sejati” yang saya rasa itulah cinta pertama dan terakhir,walaupun cinta yang baru kini kian mencapai usia 4 tahun dan akan terus mempunyai ikatan hingga akhir hayat, lelaki yang dikenalinya kini seorang yang sangat bertanggungjwab pada dia sbagai suami, serta selalu berkongsi masalah serta selalu menyediakan apa sahaja yang diperlukannya. Dia merupakan lelaki yang baik dari segi menghormati orang tua dan pandai mengambil hati sesiapa shaja dan yg paling penting dia mementingkan agama juga. Dan sya berharap kasih sayang mereka kekal sampai bila2 ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin...ingatlah lelaki dan wanita diluar san,berhati-hatilah dalam memilih pasangan. Rupa tidak akan menjamin kebahagiaan yang penting kejujuran dan ingatlah lelaki di luar sana wanita bukanlah untuk dipermainkan,dijadikan bahan pertaruhan serta sebagai bahan untuk memenuhi nafsu, hargai lah wanita kerana Allah kerana kasih wanita itu sangat indah bila dia menyayangi seseorang...Ingatlah,kita akan menemui orang yang salah sebelum kita mengenali orang yang benar dan setiap kejadian di dunia ada hikmah di sebaliknya.
Kisah dari cerpen “kisah seorang gadis malang”                                                        tulisan : eyka nora