Wednesday 29 January 2014

Assalamualaikum........dah lama betul x open blog ika ni
hmm besa la banyak sangat benda yangterjadi...ade banyak dugaan sangat kan nak lalui dalam hidup kita sehari ke sehari...

tapi xpe..sebenarnya dugaan itu akan buat hidup kita lebih matang dan kuat...wow!!! kata-kata semangat untuk diri... dah lama duk on fb,,boring jugak rasa tapi banyak jugak ilmu yang kita dapat dari situ kalau digunakan dengan cara yang betul.. cuma kita la yang pilh nak baik ke buruk..tol x?

sekarang ika tengok FB ni lebih banyak menjurus kepada perniagaan....ye online shop kt fb banyak giler nek rambang mate.. atenye skrg duk umh pun boleh abis duit kan... x baik tu sebab sepatutnya tahun 2014 ni kite perlu BERJIMAT,,, yer...sebab banyak harga barang dah naik..kena berhemat sikit.. nak beli barang kat kedai kalau bawak 50 henggit sekarang uoalllss da[at berape barang je kan..tu la...kena beringat pulak nak kawen lagi,,kena simpan duit tu..

camne la nak kawen kojo pun xde..heheheeh, berangan jer lebih..harap ade la putera raja mane-nabe datang meminang..kalau x, uli tepung lagi la hari-hari jual kuih pagi-pagi korang,,,heheheh

ok la...ingat taw BERJIMAT ITU AMALAN MULIA.. wassalam

Nomad - Tetap Menantimu ( Lyrics )

Monday 10 December 2012


tetiba dengar lagu yang best ni, buat sayu je hati, so ika kongsikan la kat sini erk, untuk kita sama-sama dengar, sebenarnya memang ika suka sangat dengar lagu-lagu encik mimpi sebab lagu-lagu die best, jadi dengar la erk... 

sob....sob...sob.....sedih gak, dah ler skarang aku jauh ngn mak ayah, makan megi je malam-malam..hehehe..besa la bujang kan camni la ...

and hari kan korang sebenarnya BIRTHDAY AKU....hehehehe...so dari semalam kejenye membalas balik ucapan yang diberikan...wuu cam sibok kan tapi sebenarnya relax je, sambil tengok citer Istanbul Aku Datang... 

Citer tu ok la jugak....ade banyak pengajarannye..mula-mula jangan terlalu percaya kat seseorang walaupun dah lama kenal....takut jugak aku dengarnye...oppppsss ade pulak orang terasa nanti..hehe..

Wednesday 14 September 2011

RINDUKAN CINTANYA

Beberapa kertas A4 dikeluarkan dari fail yang ada di dalam laci meja untuk menyiapkan kerja yang tertangguh siang tadi di pejabatnya. Mejanya  yang kemas tersusun rapi. Zarin mengeluarkan sebuah buku di rak bersebelahan lalu membawa ke mejanya. Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Namun suasana malam itu terasa sepi sekali. Sambil membelek kelihatan terselit sekeping gambar kenangan persekolahannya dulu. Zarin mengambil gambar tersebut ditatapnya satu-persatu wajah yang ada di situ smabil berfikir di dalam benaknya “Apa khabar kawan-kawan aku sekarang ni ye??”. “kat mana mereka tinggal??”. Pelbagai persoalan bermain di benaknya. Gambar yang berusia 10 tahun dulu itu kemudian ditenungnya lagi. Teringat pada wajah-wajah yang tersimpan suka-duka dengannya.

“heh! Kau ni kenape pagi-pagi dah tersenyum-senyum ni?? Kak Maria menegur Zarin yang asyik tersenyum. Senyuman Zarin Aqilah memang manis, sesiapa sahaja yang melihat tentu tertawan dengan senyuman sebegitu dengan wajahnya yang seperti pan-asian, memanglah dia antara wanita yang cantik di pejabatnya tapi awan, di sebalik kelembutannya dia bukanlah gadis yang mudah menyerah. “Rin jap lagi teman akak pergi cari barang dekat Tesco ye, akak nak beli barang dapur la, lepas abis keje nanti boleh erk??”. “Ala kak Maria macam la tak biasa keluar cari barang dengan Rin, boleh jer kak, lagipun Rin tak de buat ape pun kan, free always”hehehe....

“Dah lama Rin tak balik kampung kan mak”?? kau ni baru jer balik dah lama tak balik pulak kau kata,anak mak ni kalu tiap-tiap minggu balik pun tetap lama jugak tak balik kampung dikatanya. “mak malam ni biar Rin masak yer, ayah mana mak?
    “ayah pergi umah paklong katanya nak pergi tengok tanah orang nak jual”.
“ooo, em mak abang Afiq tak balik ke??
   “abang Afiq kan sibuk uruskan kedai makannya tambah-tambah sekarang ni kak Lia tengah tunggu hari jer kan” “Ye tak ye jugak kan mak”.
“Kak Rin, balik bile!!!” suara Alif  dan Azlin dari anak tangga rumahnya memanggil. Memang begitu sikap adik kembarnya bila ternampak Zarin. “baru je sampai dik, pergi siap nanti akak nak bawak pergi pekan cari barang sikit”.

“eh dah balik cik muda kite nie ye”.Rengek Sal, kawan serumah Zarin.
 “Laila mana Sal?”
“Laila keluar kejap Rin dengan cik abang die la, tak kan kau tak tahu kawan kite tu...hehehehe”
Itulah sahabat Rin yang selalu berada dengannya walau apapun keadaan, tidak disangka perkenalan di kampus dulu menjadikan mereka sahabat baik sehingga kini.
Sal seorang gadis cekal, sejak kematian ayahnya akibat lemas dilaut dulu, dialah yang membantu ibunya menyara persekolahan adik-adik. Sekarang adik-adiknya pun seorang dah berada di menara gading dan seorang lagi di kolej matrikulasi. Yang bongsu pula tingkatan 5.
“Rin cantik baju ni, kau n nak kemana?” Tanya Laila.
“owh baju ni aku nak pakai pergi dinner office aku tu”. Dah lama aku beli tapi tak pakai-pakai”.

Dari jauh terlihat kelibat kak maria memanggil Rin di parking.

Terdapat jemputan dari syarikat lain juga berada di situ, mata Zarin Aqilah liar mencari rakan-rakan sepejabatnya. Sedang mencari-cari tiba-tiba dia terlanggar dengan seorang lelaki. Cepat-cepat Zarin beredar dari situ menuju ke meja makannya.
Sedang dia berbual dengan kak Maria, tiba-tiba lelaki yang dilanggar tadi duduk satu meja bertentangan dengan Zarin. Wajah Zarin berubah, perasaan malu makin menebal. Yang dia fikirkan hanyalah kenapa lelaki tadi berada di hadapannya.
Wajah Irfan Zunaidi memang menjadi kegilaan ramai wanita di pejabatnya, namun siapa sangka disebalik wajah ini terpendam seribu perasaan yang mungkin orang lain tidak akan dapat meneka apa yang tersirat di dalam hatinya.

“Rin!!!!”, panggil kak Maria dengan kelam kabutnya datang memanggil Zarin yang baru sampai di pejabatnya.
“ade ape kak??”
“Ni ade peminat misteri pulak hantar kad, buka la Rin akak nak tahu,,hehe”...kata akak sambil tersengih-sengih.
“salam perkenalan Zarin Aqilah, Dari saya Irfan Zunaidi”
Zarin asyik terpikirkan siapa lelaki yang menghantar kad tersebut dalam benaknya.
“wahhhh penatnya aku, Laila aku nak tido kejap ye, nanti ko tolong kejutkan aku”
Belum dia melelapkan mata, tiba-tiba telefonnya menerima satu mesej.
“assalamualaikum, maafkan saya awak menggangu, saya Irfan yang awak langgar malam tu, awak saya nak berkenalan dengan awak, saya harap awak boleh menerima saya sebagai kawan awak, maafkan saya sekali lagi, saya dapatkan nombor awak nie dari kawan awk Khairi,”
walaupun Zarin rasa marah akibat tidurnya terganggu namun mesej tersebut membuatkan hatinya tenang, entah kenapa Zarin tidak berasa untuk marah walaupun watak Zarin adalah seorang yang cepat marah dan sangat garang.


“kau masak apa ni?? Sedap baunya”Tanya Sal.
“masak rendang ayam kegemaran kite la, ape lagi”
Laila yang sedang memotong sayur sawi tergelak mengekek-ngekek. Mereka bertiga ibarat satu keluarga. Selalu bersama.
“Assalamualikum awak, mengganggu ke? Awak tengah buat ape yer? Kalau boleh saya nak ajak awak keluar makan”. Itulah mesej dari Irfan Zunaidi yang pertama sejak perkenalannya 2 hari lepas.
“saya tak dapat keluar la hari ni, sebab saya dah masak ni.”
“oo takpe la mungkin takde rezeki nak berjumpa lagi kan, lain kali la macam tu, hehehe.”

“kenapa aku rasa macam ni, sejak aku pandang wajah si Zarin tu hati aku rasa tenang sangat Lan, aku rasa macam ada kekuatan, macam ada semangat pada wajah tu”. Cerita Irfan pada Roslan.
“Sekarang aku rasa rindu sangat pada Zarin, dia nak terima aku ke jadi sahabatnya??”
“Nanti la dulu fan, perempuan lain, ko kena jugak bersabar. Baik budak tu aku tengok, cantik, manis, ceria.”
“Tu la aku terpaut tu”.kata Irfan sambil tersenyum.

Walaupun di sudut hati kecil Zarin merasakan persahabatan antaranya dengan Irfan hanyalah sebagai sahabat sampai bila-bila, sebaliknya bagi Irfan yang amat mengharapkannya untuk dijadikan teman hidup.
“awak, seriously saya memang nak awak jadi teman hidup saya, saya nak awak dalam hidup saya dan saya akan tunggu awak, saya tak reti nak menipu, saya memang nak awak, saya suka awak Zarin”.Pesanan ringkas dari Irfan yang masih bermain di fikirannya.

Semangat Irfan Zunaidi untuk memiliki gadis idaman amat terserlah, walaupun begitu dia masih lagi berserah segalanya pada Yang Maha Kuasa kerana apa yang ditakdirkan adalah daripadany dan sebagai hamba haruslah akur. Hidup yang dijalani ini hanyalah pinjaman dariNya, maka hendaklah kita ingati bahawa jodoh pertemuan, ajal dan maut itu di tangan Tuhan.

“hai, duk buat ape tu encik macho,,wekkss macho,hahahaha?? “Sergah  Zarin sambil mengusik Irfan.
Irfan yang telah biasa dengan usikan Zarin dengan selamba berkata “tengah menunggu new wife saya nie, tengok gambar je mane la puas,hehehehe. Usik Irfan kembali.
“Eiii gediknye mamat nie,wekksss hahahahaha”..Ujar Zarin.
“Rin, kau camne dengan Irfan tu, dah lama korang kenal takkan berkawan biasa lagi dengan dia, Kak Maria tengok die betol-betol sukekan Rin,”
“entahlah kak, Rin sebenarnya takut nak bagi harapan sebab Rin takot Rin akan kecewakan dia, Rin kan kepunyaan orang”
“Memang la, tapi Rizal dah lama tak dengar khabar kan Rin sejak dia ke Luar negara”
“Mungkin dia sibuk kak”

Dalam hatinya masih tertanya- tanya adakah Rizal Firdaus masih lagi bersamanya atau tidak, perkenalan Zarin bersama Rizal telah terjalin sejak mereka mula memasuki Universiti dulu, namun setelah tamat belajar, Rizal ditawarkan peluang untuk sambung belajar ke Luar negara kerana keputusannya yang baik, sejak itu hubungn mereka semakin renggang tapi ada juga Rizal menghubunginya.Mungkin kesibukannya menyebabkan dia jarang menghubungi Zarin. Namun kesetiaannya terhadap Rizal agak kuat menyebabkan dia terus menjalinkan hubungan selama beberapa tahun.

“hello, Assalamualaikum sayang”
“waalaikummussalam”
“ tengah buat ape tu??”
“oohh biasa la, tengah keje la kat office lagi ni, ade ape ye bang, dah lama abang tak call Rin, ade ape2 ke ni??”
 “sory sayang abang sibuk sangat, x sempat nak call, jangan marah abang ye??sayang abang nak bagi tawu someting ni, bulan depan abang nak balik, tunggu tau, oppss jangan lupe kirimkan salam abang pada family ye”.
“oooohhh ye ke!!!,,waaa abang dah nak balik la ye??eiii bestnye...hehehe”
“ok, abang ade hal nak buat ni, abang call ni nak bagi tawu hal ni la kt Rin, abang ade something untuk Rin taw”
“Ok la bang, Rin pun ade hal busy sikit hari ni, nanti kite chat ye bang ade mase, assalamualaikum ye bang”
“Ok sayang, waalaikummussalam”.
Agak berbunga hati Zarin kerana kekasih hatinya yang telah lama dinantikan akan pulang ke tanah air tidak berapa lama lagi. Dia tidak dapat mengagak apakah kejutan yang bakal diberikan oleh Rizal namun semua itu tidak penting yang paling penting penantiannya telah pun berakhir.



“Wahhhh!!! Rin dh lama kn abang tak jumpa Rin, Dah makin cantik jadinya”
“eh mengada nye abang ni, mana ade pun, Rin macam dulu jugak la, tapi macam mimpi la abang dah balik, sebab abang kata ada setahun lagi”
“memang la kalau diikutkan, tapi sebab abang dapat pendekkan kursus tu, so bleh la balik awal, jumpe cayang ucuk abang nie”
Tersimpul senyuman di bibir Zarin Aqilah melihat wajah kekasih hati mengusiknya.

“Rizal telefon mak semalam, dia dah balik ye..ha bile lagi cik siti wan kembang oii?”
“ape mak ni”??

Zarin biarkan saja soalan ibunya itu.

“jom lunch”....sapa irfan
“lorh awak rupanya,hurmm saya ade banyak keje la hari ni, jap lagi sy kne pergi jumpe client”..
“owhh xpe la macam tu....dont worry, its ok je”
Dalam hati zarin, die terpaksa menyibukkan diri untuk menjauhkan diri dari irfan. Kalau boleh dia mahu saja dia memberitahu keadaannya sekarang namun takut pula irfan berkecil hati kerana irfan tidak mungkin memiliki dirinya. Rizal telah lama bersamanya, malahan kedua-dua keluarga mereka telah pun mengetahui sejauh mana perhubungan antara mereka. Cuma sekarang mereka yang akan memutuskanya sahaja.

Layangan kad undangan perkahwinan yang tertera nama ZARIN AQILAH DAN RIZAL FIRDAUS diletakkan di meja Kak Maria.
“eehhh biar betul Rin!!!”
“ape kak, betul la, lagi pun Rizal pun dah bersetuju, Rin rase masanya dah sesuai sekarang ni”
“irfan dah tahu ke?”
“Rin dah hantar kad, Rin pun tak tahu, die senyap je sejak pertunangan Rin”
“xpe la, mungkin die sibuk, nie bile Rin cuti??”
“seminggu sebelum tarikh tu Rin cuti, mak get ready”
“ye la...bakal pengantin baru la katakan..hihi”
“kak Maria tak habis-habis mengusik Rin”

Sedang Rin keluar dari pejabat, menuju ke keretanya, Zarin terserempak dengan irfan.
“awak, tahniah ye, saya dah dapat kad undangan awak tu, semoga awak bahagia bersama yang tersayang ye, saya doakan”
“terima kasih, datang la ke majlis saya nanti”
“baiklah”
Walaupun berat hati irfan menyatakan ucapan tersebut, namun dia perlu berserah kerana semuanya atas kehendak Allah s.w.t. dia tidak berhak merampas hak sesiapa dan jika seseorang itu tidak ditakdirkan untuknya mungkin akan ada yang lebih baik untuknya.
Namun mungkin nanti dia akan merindui wajah yang selalu memberinya semangat, kebahagiaan dan perasaan tenang. Walaupun hanya seketika, perkenalannya dengan Zarin aqilah  memberi seribu makna membuatkan dia rasa tersenyum bila mengingatinya. Semoga Zarin Aqilah akan sentiasa bahagia bersama suami tercintanya Rizal Firdaus.

BY EYKA NORA